Sejak 1993, kami membekalkan buku, alat tulis dan produk digital kepada kementerian, jabatan agama Islam, universiti dan perpustakaan di seluruh Malaysia.
15organisasi pelanggan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Kementerian Pendidikan MalaysiaPerpustakaan Negara MalaysiaMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)Jabatan Agama IslamKerajaan Negeri JohorJabatan Perpaduan Negara — Rukun TetanggaUniversiti Malaysia Kelantan (UMK)Menara Kuala LumpurPelanggan (logo 2)Pelanggan (logo 3)Pelanggan (logo 4)Pelanggan (logo 5)Pelanggan (logo 8)
Rekod pengalaman
Penerbitan Buku
EVSB telah berjaya menerbitkan buku daripada pelbagai genre — buku umum, agama, akademik dan ensiklopedia. Antara projek penerbitan yang telah dijalankan ialah Ensiklopedia Islam untuk pelajar dengan kerjasama sebuah syarikat penerbitan dari Indonesia.
Pengedaran dan Pembekalan Buku
Pengedaran dan pembekalan buku untuk kedai buku di seluruh negara, sekolah, pusat sumber dan perpustakaan awam, merangkumi buku tempatan dan terbitan luar negara. Pembekalan kepada jabatan kerajaan dan perpustakaan awam dilakukan melalui lantikan sebagai Kontraktor Berpusat Kementerian Kewangan. Era Visi juga merupakan salah satu penerbit JAKIM bagi tajuk Akidah yang dibekalkan ke sekolah di seluruh Malaysia.
Pembekalan Projek Nilam / Bank Dunia
Nilai tender
RM200,000
Sekolah dibekalkan
1,000
EVSB berjaya memperoleh tender pembekalan buku untuk projek Nilam bernilai RM200,000.00. Pembekalan ke 1,000 sekolah terpilih di bawah projek ini dapat disempurnakan.
Pembekalan Alat Tulis & Alatan Pejabat
EVSB membekalkan alat tulis, alatan pejabat, perabot, alatan automasi dan alat bantu mengajar dari semasa ke semasa kepada pelbagai agensi dan badan kerajaan.
Projek Digital
Antara produk yang berjaya dibangunkan ialah CD Science (Click and Explore) Tahun 2 versi Inggeris, MY CD dan Teacher CD Science — Tender Buku Teks (SISTEM) Tingkatan 3 versi Inggeris, serta beberapa projek lain.