Ditubuhkan
8.7.1993
Era Visi Sdn. Bhd. (EVSB) ialah syarikat milik penuh Bumiputera yang terlibat dalam bidang penerbitan serta pengedaran buku dan bahan ilmiah. Syarikat ini ditubuhkan pada 8 Julai 1993 sebagai syarikat penerbitan buku, dan kemudian berkembang sebagai salah sebuah pengedar buku di pasaran tempatan termasuk pembekalan buku kepada badan-badan kerajaan sebagai Kontraktor Buku Berpusat. Antara kejayaan syarikat termasuklah pembekalan buku di bawah projek Nilam/Bank Dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Projek Pembekalan Buku ke Perpustakaan Luar Bandar KEMAS.
Selain penerbitan, pengedaran dan percetakan buku, kedai buku dan kontrak kedai buku sekolah, EVSB turut menceburi pembekalan kertas dan alat tulis serta perkhidmatan IT dan multimedia. Dengan gabungan kepakaran dan pengalaman tenaga penggeraknya, EVSB bersedia dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah lama bertapak di pasaran.
33
tahun pengalaman
19
warga kerja
- Pemilikan
- 100% Bumiputera
- Status
- Kontraktor Buku Berpusat
- Projek berjaya
- 39
Misi
Menjadi sebuah syarikat ‘conglomerate’ Bumiputera yang cemerlang dan berwibawa bagi perkhidmatan dan pembekalan berkaitan dengan bahan pendidikan, buku, alat tulis, teknologi maklumat dan perkakasan IT.
Visi
Menghasilkan produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan dan membina keyakinan pelanggan atas keupayaan sendiri.
Tenaga penggerak
AS
Aniq Suhair Bin Dato’ Mohd Salleh
Pengarah Urusan
Beliau merupakan pelajar jurusan pengurusan perniagaan di Taylor’s University. Usia muda bukanlah penghalang untuk beliau mengurus dan mentadbir syarikat dengan baik. Beliau telah berjaya menyuntik idea-idea baharu di dalam strategi syarikat EVSB.
KO
Kamarulzaman Bin Othman
Pengarah
Beliau merupakan graduan Diploma Perbankan ITM dan telah berkhidmat di bank selama 34 tahun. Beliau mahir dalam pengurusan hal-hal kewangan dan pentadbiran syarikat.
SA
Siti Aisyah Binti Kamisan
Pengurus Besar
Pn. Siti Aisyah binti Mohd Kamisan ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), UiTM. Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Perangkaan di Jabatan Perangkaan Negara, kemudian sebagai M.I.C.E Customer Relation Officer di Genting Group dan Penolong Pengurus Jualan di Allson Kelana, Seremban. Kini beliau menerajui EVSB dalam memperjuangkan industri penerbitan di Malaysia.
MS
Mohd Shafie Bin Tasiron
Pengurus
Penggerak utama Era Visi dalam aspek pengurusan dan penerbitan. Penglibatan beliau dalam bidang penerbitan bermula seawal tahun 1988 dengan penerbitan bahan bacaan ilmiah untuk Perpustakaan Negara Malaysia di bawah tajaan Bank Dunia. Beliau berpengalaman menerbitkan buku latihan dan rujukan sekolah rendah dan menengah, serta pernah menerajui syarikat penerbitan dalam projek buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi kerajaan lain.